Tonggak Harimau Malaya, Wan Kuzain Wan Kamal kini menjadi bualan hangat Asia.
Pemain berusia 28 tahun iti menjadi nadi penting pasukan kendalian Tan Cheng Hoe termasuklah meledak gol debut bersama Harimau Malaya.
Bekas tonggak Sporting JAX itu bijak memperdaya penjaga gol lawan sebelum sepakan percumanya menerjah jaring lawan.
Jaringan hebat tersebut berjaya membuka mata para peminat di seluruh negara Asia dengan 10,044 penyokong setia hadir ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada kemenangan bergaya 4-0 Malaysia di laman sendiri.
Ledakan ikonik Kuzain di laman sendiri itu menerima lambakan pujian peminat di serata Asia selepaa dimuat naik di laman terkemuka Asia, ESPN ASIA.
“Pakar sepakan percuma Malaysia,” kata peminat dikenali sebagai Amir Redzuan pada ruangan komen.
“Rembatan ada iras Cristiano Ronaldo,” tambah Dandi Arya.
Ujian seterusnya buat Malaysia adalah menentang jaguh Asia Tenggara, Thailand di Bangkok pada 1 Ogos 2026.