Wan Kuzain Optimis Mampu Galas 3 Posisi
Dunia
Wan Kuzain
Advertisements

Wan Kuzain yang kini berada di Kuala Lumpur optimis mampu menggalas 3 posisi bagi membantu skuad muda negara di Sukan Sea Manila.

Menurut 1 laporan yang dikeluarkan Astro Arena, Wan Kuzain menunjukkan keterujaannya untuk mewakili negara sekaligus membuktikan kemampuannya.

“Saya rasa ramai peminat bola sepak di Malaysia mahu melihat aksi saya. Saya boleh katakan bahawa saya mampu beraksi selaku pemain tengah bertahan, tengah dan tengah menyerang. Ia melibatkan penguasaan bola serta mencipta peluang,”.

Advertisements

“Ia memberi makna besar. Apabila anda mewakili pasukan negara, ia bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi merangkumi keluarga. Diharapkan saya boleh melakukannya.”

Wa Kuzain Wan Kamal sebelum ini pernah menjadi sebutan rakyat Malaysia sejak 6 tahun lalu apabila videonya bermain di Amerika Syarikat tersebar dengan aksi-aksinya yang memukau.

https://www.youtube.com/watch?v=KoOYeq2cJrw

Beliau juga digelar sebagai Messi Amerika dan pernah mewakili skuad Amerika Syarikat bawah 17 tahun.

Advertisements

Wan Kuzain yang kini beraksi bersama Sporting Kansas City di Major League Soccer (liga tertinggi US) telah beraksi lebih 71 perlawanan di peringkat profesional dan sudah pasti pengalamannya bakal ditagih Ong Kim Swee dalam merangka strategi merampas pingat emas sukan sea di Manila akhir tahun ini.

Wan Kuzain juga merupakan prospek pemain muda berbakat yang berada dalam radar skuad kebangsaan Amerika Syarikat dan apa jua keputusannya kelak perlu dihormati rakyat Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram