Wan Kuzain Kembali Ke MLS, Sertai ST Louis City FC
Dunia
Kuzain7
Advertisements

Pemain kelahiran Amerika Syarikat-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal dikhabarkan sudah pun mencapai persetujuan untuk kembali memperkuatkan pasukan di Major League Soccer (MLS) apabila menyertai pasukan ST Louis City FC.

Menerusi satu hantaran yang dilakukan oleh pasukan barunya itu, pemain tengah berbakat berusia 23 tahun itu bakal memperkuat pasukan yang beraksi di liga pertama tersebut bersama-sama 8 orang pemain lain yang bakal merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Kehadiran pemain yang beraksi bersama Rio Grande Valley FC sebelum ini dilihat sebagai percaturan pasukan untuk menambah elemen kreativiti di atas padang selain mahu memperbaiki kedudukan dalam saingan liga.

Advertisements

Kuzain yang sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan yang sama sebagai pemain bawah 23 tahun kini kembali dengan misi untuk memperkuat jentera tengah pasukan.

Hal ini disambut baik oleh kelab yang mahu melihat kemunculan semula pemain ini bersama pasukan yang pernah diwakilinya itu.

‘Seorang pemain tengah yang menyerlah bersama Rio Grande.’

Advertisements

‘Selamat kembali ke MLS, Kuzain,’- menerusi hantaran di laman rasmi Instagram.

Ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan semula nilai pasaran Kuzain yang dilihat mengalami penurunan setelah tidak beraksi dalam saingan liga utama.

Sebelum ini, nilai pasaran Kuzain adalah sekitar 400 000 ribu Euro iaitu bersamaan dengan 1.9 juta ringgit dan ketika ini jatuh sehingga 100 000 ribu Euro. Kepulangan beliau ke MLS bakal membantu meningkatkan kualiti serta nilai psarannya secara tidak langsung.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram