Advertising
Wan Kuzain Tinggalkan Petanda, Buat Peminat Berdebar
MakanBola
STLC2/KUZAIN7

Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Kamal meninggalkan petanda yang memberikan debaran kepada peminat.

Tonggak berusia 25 tahun itu terlepas aksi dalam tempoh yang cukup panjang selepas disahkan mengalami kecederaan.

Ad

Beliau yang beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis City 2 memberi bayangan awal bahawa penantian untuk melihat kelibatnya di atas padang bakal berakhir.

Ad

Kuzain memuat naik satu hantaran di laman Instagram dengan ayat yang memberikan gambaran bahawa kesabaran adalah kunci untuk memulihkan keyakinannya.

“Sabar,” ujarnya ringkas.

Ad

Beliau menjadi antara pemain yang paling lama dikaitkan untuk menyarung jersi negara setelah petanda yang diberikan oleh bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin.

Ad

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

Ad

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” jelasnya ketika ditemui oleh media di Wisma FAM.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya iaitu Rob Friend menjelaskan usaha untuk mendapatkan pemain warisan sedang giat dijalankan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments