Seorang wartawan Colombia merendah-rendahkan kualiti yang dimiliki pasukan Harimau Malaya tatkala mengulas isu panggilan penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado.
Nama Holgado menjadi bualan peminat bukan saja di Malaysia tetapi juga di Colombia. Ini selepas penyerang berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menerima panggilan kem Harimau Malaya.
Berita ini mencetuskan rasa tidak puas hati seorang wartawan Colombia bernama Bambino Quintero. Ini kerana beliau merasakan kualiti pasukan itu tidak setanding dengan kualiti dimiliki Holgado.
Malah, Quintero menyifatkan panggilan tersebut muncul pada masa tidak sesuai. Ini kerana ini sedikit sebanyak menjejaskan rentak America de Cali dalam liga Colombia.
“Saya masih berpegang dengan pendirian Holgado tidak sepatutnya menerima panggilan kem Malaysia kerana Malaysia tidak wujud.
“Sejak bila Holgado memiliki kerakyatan Malaysia? Tidak kira apa sebab, ini memberi kesan kepada America (de Cali),” katanya kepada Super Combo del Deporte.
Quintero turut menggelar semua pemain yang membarisi skuad Harimau Malaya sebagai sekumpulan pemain amatur.
“Ini bukan alasan atau hujah buat Holgado dengan Quintero, Cavadia bersaudara dan Romero menyertai skuad Colombia. Maka saya boleh dapatkan peso tambahan untuk merasai pengalaman sama,” tambahnya.
“Sebab itu takkan berlaku, beliau tidak akan bertanding. Skuad Malaysia tidak wujud, mereka pasukan yang teruk.
“Saya fikir kebanyakan mereka merupakan kumpulan pemain amatur. Saya bayangkan Liga Malaysia, saya harap anda (Holgado) dapat berpaling dan memburu kejayaan di sini.”
Holgado dilaporkan bakal mengikut jejak Hector Hevel dan Gabriel Palmero sebagai pemain Malaysia terbaru berpangkalan di luar negara menyertai Harimau Malaya.