Wartawan FMT Tersalah Pilih Sergio Aguero
Dunia
Free Malaysia Today
Advertisements

Hari ini, rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sempena PRU Ke-15. Antara yang melaksanakan tanggungjawab tersebut ialah pemain naturalisasi pasukan Sri Pahang, Sergio Aguero.

Pada 16 September lalu, penyerang kelahiran Argentina itu mengesahkan telah mendapat status kerakyatan sebagai warga Malaysia dan merasa bangga bergelar warganegara tanah air tercinta ini.

Disebabkan statusnya sebagai pemain bola sepak, tidak hairanlah kelibatnya mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Semambu hari ini menarik perhatian pihak media seperti Free Malaysia Today (FMT) dan Berita Harian.

Advertisements

Tetapi FMT membuat satu kesilapan apabila menaikkan gambar legenda Manchester City, Sergio Aguero pada artikel yang bertajuk “Pemain naturalisasi, Sergio Aguero julung kali undi”. Kesilapan ini disedari beberapa pembaca artikel berkenaan sebaik ia dikongsikan di Twitter.

Selepas menyedari wujudnya kesilapan pada gambar yang dipilih, ciapan artikel tersebut dipadamkan oleh pihak FMT. Sementara gambar legenda Argentina itu dalam artikel berkenaan digantikan dengan gambar bekas pemain Melaka United itu.

Sama ada tersilap atau tidak, ia sedikit sebanyak membantu peminat bola sepak negara mengetahui ada seorang lagi Sergio Aguero yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram