Wayne Rooney Pengurus Baru Everton?
Dunia
D.C. United
Advertisements

Semalam, legenda England, Frank Lampard dipecat oleh pengurusan Everton disebabkan kelab kini berada di kedudukan ke-19 EPL. Dan khabarnya, nama seorang lagi legenda England, Wayne Rooney dicanang sebagai pengganti Lampard di Goodison Park.

Dari satu segi, ia sudah pasti satu prospek beremosi buat Rooney. Walaupun namanya lebih dikenali semasa bersama Man Utd, beliau merupakan graduan akademi kelab Merseyside itu dan menghabiskan semusim di Goodison Park (2017-2018) selepas meninggalkan United.

Tetapi Rooney yang kini menjadi pengurus kelab MLS, D.C. United itu berkemungkinan tidak akan menyertai kelab tersebut. Ini disebabkan beliau masih mempunyai baki kontrak dengan Black and Red sehingga akhir musim.

Advertisements

Ini bukan kali pertama legenda Man Utd itu dikaitkan dengan kepulangan ke Goodison Park. Semasa menguruskan Derby County dalam Liga Kejohanan, Rooney dicanang sebagai pengurus baru Toffees menggantikan Rafa Benitez yang dipecat pada musim 2021-2022.

Malah, kelab juga menjemputnya untuk menjalani sesi temuduga dengan pihak pengurusan seperti didedahkan Rooney dalam satu temubual awal tahun lepas.

Tetapi ia ditolak penjaring terbanyak sepanjang zaman England itu kerana Derby pada ketika itu sedang bergelut dalam zon penyingkiran Liga Kejohanan.

Advertisements

“Everton mendekati ejen saya (Paul Stretford) danmembuat tawaran tentang sesi temuduga untuk jawatan pengurus ketika itu.

Tetapi saya menolak tawaran mereka. Saya percaya saya akan menjadi pengurus EPL dan saya bersedia untuk semua itu 100%. Tetapi saya masih ada tugas di Derby (County), yang dianggap penting untuk saya,” katanya.

Everton bakal berdepan tugas sukar untuk memujuk Rooney sekiranya mahu legenda United itu sebagai pengurus baru mereka. Tetapi bagi bekas kapten Toffees, Alan Stubbs, perlantikan Rooney dilihat boleh meredakan ketegangan antara pengurusan kelab dan penyokong.

Advertisements

Selain Rooney, legenda Everton Duncan Ferguson juga dicanang sebagai pengganti Lampard. Ralph Hassenhuttl, Sean Dyche dan Marcelo Bielsa turut dikaitkan dengan kerusi panas di Goodison Park itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram