Wayne Rooney Tawarkan Dirinya Sebagai Pengurus Manchester United

wayne rooney Wayne Rooney Tawarkan Dirinya Sebagai Pengurus Manchester United
waynerooney
Alif Syazani @SyazaniAlif
8:29pm 28/03/2022

Lagenda Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan bahawa beliau mahu menjadi pengurus Manchester United pada suatu hari nanti.

Sebelum ini, bekas pemain England ini telah menolak tawaran sebagai pengurus pasukan Everton kerana hati beliau tetap mahu ke Manchester United seperti yang disahkan oleh wartawan terkenal, Fabrizio Romano.

Jurulatih pasukan Derby Country itu bercita-cita tinggi untuk membuktikan kredibilitinya sebagai seorang yang layak untuk memegang tampuk kempimpinan kejurulatihan The Red Devils kelak.

Kini, pengurus 26 tahun itu sudah memasuki tahun kedua dalam kariernya dalam bidang kejurulatihan sejak bermula pada tahun 2020 yang lalu.

Pasukan Derby Country kini diambang penyingkiran dimana hanya mencatatkan 11 kemenangan dalam 39 perlawanan.