Witan Sulaeman Ledak Gol Debut Di Liga Utama Slovakia
Dunia
AStrencin
Advertisements

Wonderkid Indonesia, Witan Sulaeman berjaya mencetak gol pertamanya dalam aksi saingan Liga Utama Slovakia. Ini membuktikan kredibiliti yang ada pada pemain berusia 20 tahun ini tidak boleh dipandang remeh.

Pemain muda skuad kebangsaan Indonesia ini diturunkan dalam kesebelasan utama bermain di posisi sayap kiri. Beliau berjaya meledak gol seawal minit ke tujuh permainan.

Sementara itu, rakan sepasukannya Egy Maulana difahamkan tidak turunkan akibat kecederaan pada bahagian ankle sebelum ini.

Advertisements

Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan yang dinamakan ‘relegation round‘ menentang Trencin yang berkesudahan FK Senica 1 – 4 Trencin.

Witan Sulaeman sentiasa pamer peningkatannya dalam permainan sejak bersama FK Senica secara pinjaman dari Lechia Gdansk pada Januari lalu.

Advertisements

Untuk rekod, pemain berusia 20 tahun itu telah berjaya mengumpul 3 gol dan satu ‘assist‘ dalam kesemua pertandingan bersama FK Senica.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram