‘Wonderkid’ Indonesia, Witan Sulaeman Jaring Gol Debut Bersama FK Senica

witasulaeman fksenica instagram 'Wonderkid' Indonesia, Witan Sulaeman Jaring Gol Debut Bersama FK Senica
Foto: fksenica-instgram
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Witan Sulaeman tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dalam aksi pertamanya bersama FK Senica.

Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan persahabatan menentang GKS Jastrzebie yang berkesudahan kemenangan kepada FK Senica 2-1.

Advertisements

Witan Sulaiman dan Egy Maulana yang juga merupakan ‘Wonderkid’ Indonesia diberi kepercayaan diturunkan dalam kesebelasan utama perlawanan semalam.

Ketenangan yang ada pada Witan sebelum merembat masuk ke gawang gol sangat ‘mengasyikkan’. Ini membuktikan kredibiliti yang ada pada pemain berusia 20 tahun ini tidak boleh dipandang remeh.

Advertisements

Witan Sulaeman menyertai FK Senica secara pinjaman dan akan beraksi dalam liga utama Slovakia sehingga penghujung musim 2021/2022.

Semoga anak muda ini dapat pengalaman yang berguna sepanjang kariernya di sana sekaligus menjadi penanda aras pemain muda lain untuk terus cemerlang.

Advertisements