Worrawoot Srimaka Tahu Lubuk Kelemahan Malaysia
Dunia
changsuek
Advertisements

Ketua jurulatih skuad Thailand B-23, Worrawoot Srimaka sudah tahu lubuk bagaimana untuk menewaskan pasukan Malaysia bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan C malam ini. 

Memetik laporan Bangkok Post, Worrawoot akui sempat menganalisi perlawanan di antara Malaysia bertemu Korea Selatan tempoh hari dan ada ramuan baru untuk tewaskan Malaysia. 

“Selepas perlawanan kami menentang Vietnam, saya berpeluang menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Republik Korea dan kami telah mengenal pasti beberapa kawasan yang boleh kami berikan tekanan,” kata Worrawoot.

Advertisements

Dalam pada itu, jurulatih berusia 50 tahun itu sedar Malaysia bukanlah lawan yang mudah namun beliau tetap optimis mampu raih keputusan yang positif.

“Bermain menentang Malaysia sentiasa sukar tetapi saya percaya perlawanan ini akan ditentukan oleh pasukan yang boleh mengeksploitasi kelemahan lawan dengan berkesan.

Jelas Worrawoot, beliau yakin mampu perbaiki kelemahan pasukanya pada perlawanan tempoh hari dan beliau akan menerapkan taktikal baharu menentang Malaysia malam ini. 

Advertisements

 “Kami telah mengenal pasti beberapa kesilapan yang kami lakukan dalam perlawanan sebelum ini. Gol yang kami bolos semuanya daripada kesilapan, jadi kami akan membetulkannya dan menambah taktik baharu untuk perlawanan menentang Malaysia.

Malaysia dijadualkan bertemu pasukan Thailand pada malam ini, jam 11 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram