Wrexham Intai Khidmat Gareth Bale
Eropah
Sky Sports
Advertisements

Kelab Liga Bolasepak Inggeris (EFL), Wrexham AFC difahamkan mahu merisik khidmat bekas penyerang lagenda Real Madrid, Gareth Bale.

Menerusi satu perkongsian oleh pemilik kelab, Rob McElhenney, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memujuk bintang Wales untuk beraksi bersama kelabnya.

Bale yang kini sudah pun mengumumkan persaraan beliau dari pentas bola sepak profesional sedang memberi fokus terhadap kerjayanya sebagai seorang pemain golf.

Advertisements

Namun begitu, Rob McElhenney tetap yakin dapat memujuk pemain berusia 33 tahun itu untuk beraksi selama semusim di Wrexham.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitternya, beliau ada mengajak Bale untuk bermain gold bersamanya.

“Hai Bale mari bermain golf, namun saya tidak akan menghabiskan 4 jam untuk meyakinkan anda untuk keluar dari persaraan untuk satu musim ajaib yang terakhir.”

Advertisements

Sebelum ini, salah sebuah laman penyokong Wrexham dari Brazil mula mengaitkan nama penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva sebagai salah seorang pemain yang berpotensi untuk ke kelab tersebut.

Wrexham sudah tentu mahu meneruskan rentetan musim yang baik setelah bergelar juara National League musim lalu.

Sebelum bersara, Bale telah menghabiskan kariernya bersama Los Angeles FC dan beraksi dalam 12 perlawanan di sana.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram