Xavi Akui ‘Terkejut Beruk’ Dengan Penyokong Eintracht Frankfurt
Dunia
barcablaugranes
Advertisements

Kekalahan mengejut gergasi Sepanyol, Barcelona 2-3 (3-4 agregat) kepada Eintracht Frankfurt pagi tadi ternyata mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi Barcelona berada dalam momentum terbaik selepas melalui 15 perlawanan tanpa kekalahan.

Selepas perlawanan, pengendali Barcelona, Xavi Hernandez memberitahu media bahawa keadaan di Stadium Nou Camp sangat mengejutkan beliau dan para pemain Barcelona.

Ini kerana beliau dapat melihat kebanjiran penyokong Eintracht yang berada di Nou Camp dalam perlawanan pagi tadi dan perkara ini dikatakan menjadi faktor kelebihan buat pihak lawan.

Advertisements

Pengurus Sepanyol itu berkata bahawa ianya mungkin salah perkiraan dari pihak kelab kerana beliau menjangkakan sekurang-kurangnya 70,000 penyokong Barcelona yang akan berada di dalam stadium. Beliau melihat perlawanan di Nou Camp itu seperti final sesebuah kejohanan.

“Suasana tidak membantu kami, ia seolah-olah perlawanan akhir dengan penyokong yang berpecah belah. Kelab sedang menyemak apa yang telah berlaku, ia telah menjadi salah perhitungan di pihak kami.

“Hari ini saya sebenarnya menjangkakan Nou Camp akan dibanjiri 70,000 penyokong Barcelona, tetapi keadannya sangat berlainan dan tidak seperti yang saya jangkakan.” jelas Xavi kepada media.

Advertisements

Kekalahan Barcelona itu menyaksikan kelab itu gagal memenangi sebarang piala untuk tahun kedua berturut-turut. Mereka kini berada di tangga kedua La Liga, 12 mata jauh dibelakang pendahulu, Real Madrid.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram