Xisco Munoz Waspada Bintang Brazil Buriram United
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz tampak mahu anak-anak buah beliau berwaspada kepada pemain ternama dari Brazil yang beraksi bersama Buriram United pada aksi pertama ACLE 2026-27 esok.

Selepas melihat pemain sayap berusia 28 tahun itu menjaringkan 2 gol ketika menewaskan JDT dalam aksi final Piala Shopee musim lalu. Pemain tersebut ialah Guilherme Bissoli yang merupakan penyerang asal Sao Paulo, Brazil itu.

Munoz melihat beliau merupakan tonggak utama dari pasukan terbaik Thailand itu yang harus diawasi meskipun skuad tersebut memiliki lambakan pemain berkualiti seperti Robert Žulj dan penjaga gol berprolifik, Neil Etheridge.

“Esok adalah hari untuk pertarungan satu lawan satu. Perkara ini perlu sentiasa diingat. Penting bagi para pemain untuk memahami bahawa esok mereka akan berdepan dengan sebuah pasukan lawan hebat. Mereka lebih kuat dari segi keupayaan individu. Dalam situasi pertarungan satu lawan satu, kita perlu bersedia menghadapinya.”

“Itu sahaja. Maksud saya, saya sebutkan lagi nama Bissoli ia kerana Bissoli adalah jenis pemain yang mampu menyerlah jika diberi sedikit peluang. Dia mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol. Satu lagi perkara ialah kita perlu menguruskannya dengan baik. Kita perlu mengawal keadaan. Kita perlu faham bagaimana untuk mendorong mereka dalam tempoh 30 jam terakhir ini. Kita ada peluang. Kita perlu berjaya dalam usaha untuk mendapatkan keputusan yang positif,” kata jurulatih JDT, Xisco Munoz ketika sidang media sebelum bertemu Buriram United.

Aksi JDT vs Buriram United bakal berlangsung pada, Selasa, 15 September di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 8.15 malam waktu Malaysia.