Yazan Al-Arab Kekal Milik Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Jodoh bek tengah Jordan, Yazan Al-Arab dengan Selangor terus kekal bertahan di sebalik khabar angin kontraknya tidak disambung. Ini selepas Gergasi Merah Kuning mengumumkan di Twitter bahawa dia akan terus bersama mereka bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia musim hadapan.

Dengan keputusan ini, Yazan bakal bergandingan dengan bek tengah baru Selangor Ahmad Khuzaimi Piee di bahagian bek tengah. Gandingan duo ini diharap dapat menjadikan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu sukar ditembusi barisan serangan pihak lawan musim hadapan.

Sebelum ini, wujud satu laporan mengatakan Yazan, rakan senegara Baha’ Abdel Rahman, Safuwan Baharudin (Singapura) dan Hyuri Henrique (Brazil) bakal digugurkan daripada skuad Merah Kuning musim depan. Bagaimanapun, menurut Cheng Hoe, belum ada keputusan dibuat berkenaan pemain import termasuk mengenalpasti pemain import baru untuk skuad Gergasi Merah.

Advertisements

Dengan mengekalkan Yazan untuk saingan musim hadapan, ini menunjukkan Selangor tidak mahu terburu-buru mengenalpasti awang import mana yang patut dikekalkan atau digantikan dengan awang import baru. Bek tengah Jordan itu beraksi sebanyak 28 kali bersama Merah Kuning musim ini termasuk membantu mereka mara ke final Piala Malaysia. Bagaimanapun, Yazan tidak bernasib baik terlepas aksi final Piala Malaysia menentang JDT kerana menjalani penggantungan satu perlawanan.

Selain empat pemain yang dinyatakan sebelum ini, teka-teki turut menyelubungi masa depan Herlison Caion. Walaupun menyumbat 14 gol musim ini termasuk gol tunggal Selangor dalam aksi final Piala Malaysia, tidak diketahui sama ada khidmat penyerang Brazil itu dikekalkan atau tidak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram