Yusri Che Lah Mahu Manfaatkan Tempoh 7 Minggu Sebaik Mungkin
Liga Super
MakanBola
Perak FC
Advertisements

Pengendali Perak, Yusri Che Lah mahu memanfaatkan tempoh rehat 7 minggu sebaik mungkin setelah aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditunda pada Sabtu.

Perak turun ke gelanggang sendiri setelah mencatatkan 3 kekalahan berturut-turut bagi saingan liga dan dijadualkan menentang jaguh dari selatan tanah air, JDT di Ipoh.

Advertisements

Ketika permainan baru memasuki minit ketiga, pengadil terpaksa menangguhkan aksi seketika ekoran hujan lebat dan setelah hampir sejam, perlawanan terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.

Menurut Yusri, beliah terpaksa akur dengan keputusan dari pihak pengadil untuk menunda perlawanan meskipun akui sedikit kecewa tidak dapat meneruskan aksi di Ipoh.

“Sudah pasti saya kecewa dengan penundaan perlawanan tetapi saya tidak boleh berkata lebih tentang ini,” ujar Yusri kepada Astro Arena setelah perlawanan.

Advertisements

“Pihak pengadil telah memberi isyarat bahawa perlawanan terpaksa ditunda ke tarikh baharu.”

Walau bagaimanapun, bekas jurulatih Kelantan ini tetap bersyukur mempunyai tempoh masa yang agak lama untuk mempersiap pasukan bagi menghadapi aksi seterusnya bulan hadapan.

Advertisements

“Tetapi kami bersyukur dengan keadaan seperti ini dan tempoh rehat 7 minggu yang ada ini akan kami gunakan sebaik mungkin untuk aksi bertemu Negeri Sembilan 14 September nanti.”

Tarikh baharu bagi aksi Perak-JDT masih belum ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) dengan Harimau Selatan akan fokus untuk perlawanan akhir Piala FA Sabtu hadapan.

Advertisements

Manakala Perak bakal berehat sekitar tujuh minggu untuk menunggu aksi berikutnya pada 14 September menentang Negeri Sembilan setelah kali terakhir beraksi pada 30 Julai berdepan Kuching City.