Yusri Che Lah Sampaikan Kata-kata Terakhirnya Kepada Penyokong Perak
Dunia
Perak FC
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah telah memberikan kata-kata terakhir kepada pasukannya ketika mereka berjaya mengikat Kuching City FC dengan keputusan 1-1.

Pengendali kelahiran Perlis ini berjaya memberi impak yang cukup penting buat pasukan The Bos Gaurus sejak mengambil alih pasukan dan berhadapan dengan pelbagai masalah sebelum ini.

Walau bagaimanapun, beliau kelihatan seolah-olah telah memberikan amanat terakhirnya kepada pasukan setelah mendapat peranan baharu bersama pasukan musim hadapan.

Advertisements

Bekas jurulatih Kelantan ini difahamkan akan membangunkan skuad bawah 23 tahun Perak pada musim baru nanti.

Menerusi satu video yang dimuat naik, Yusri memyampai kata-kata yang amat menyentuh hati kepada para penyokong sejurus sahaja tamat perlawanan.

Katanya, segala perkara yang terjadi sudah ditentukan dan berterima kasih atas segala peluang yang diberikan bersama Perak musim ini.

Advertisements

“Allah dan tentukan nasib saya dan saya mahu berterima kasih atas bantuan yang telah diberikan.”

Pada musim ini, Perak berjaya mencatatkan 5 kemenangan selepas 18 perlawanan dengan memungut 8 mata secara keseluruhan selepas penggantungan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram