Advertisement

Follow us:

Zafuan Azeman Kembali Ke Liga Thailand, Sertai Uthai Thani FC

Zafuan Azeman Zafuan Azeman Kembali Ke Liga Thailand, Sertai Uthai Thani FC
Uthai thani fc
Alif Syazani
@SyazaniAlif
1:59pm 06/01/2023
Pivo

Bekas penyerang kebangsaan B-19 Tahun, Zafuan Azeman sah sertai Uthai Thani FC bagi menghadapi saingan Liga Thailand Divisyen kedua (Thai League 2)

Perkara itu dikongsikan oleh beliau sendiri di laman Instagram miliknya semalam.

Difahamkan, beliau telahpun membuat penampilan bersama Kelabnya itu bagi aksi perlawanan persahabatan dan berjaya menjaringkan satu gol.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah beraksi di divisyen ketiga Liga Thailand bersama Angthong FC bagi musim 2019-20. Akan tetapi, disebabkan pandemik Covid-19 kelab tersebut terpaksa menamatkan kontraknya dengan lebih awal. 

Kemudiannya, bagi musim 2021-22, beliau sertai pasukan Pulau Pinang. Namun, hanya beraksi sebanyak 3 perlawanan sahaja. Dan pada tahun yang sama, beliau turut sertai Kelantan United secara pinjaman.

Ini menyaksikan Zafuan Azeman merupakan pemain kelima dari Malaysia yang akan beraksi di Liga Thailand selepas Safawi Rasid (Ratchaburi), Dion Cools (Buriram United), Junior Eldstal (PT Prachuap) dan Liridon Krasniqi (Khon Kaen United).