Zafuan Azeman Sertai Kelab Liga 1 Thailand
Transfer
Uthai Thani FC
Advertisements

Bekas penyerang skuad bawah 19 tahun Malaysia, Zafuan Azeman telah disahkan kembali ke Thailand untuk meneruskan karier profesional beliau.

Lebih menarik lagi, Zafuan memilih untuk kembali menyertai Uthai Thani FC yang pernah diwakilinya selama enam bulan pada tahun 2023 sebelum berhijrah ke Perlis United FC.

Perpindahan Zafuan ke Uthai Thani telah diumumkan oleh pihak pengurusan kelab melalui satu hantaran di laman Instagram rasmi kelab.

Advertisements

“Muhammad Zafuan menyertai tentera gajah liar. Penyerang Thailand-Malaysia berusia 24 tahun yang pernah bermain dengan Gajah Liar dalam saingan Liga Thai 2 pada musim 2022/23 yang lalu.

“Kali ini Zafuan dan Uthai Thani FC telah mencapai kata sepakat bersama untuk menyertai pasukan sekali lagi bagi mengukuhkan barisan serangan pasukan,” umum Uthai Thani melalui Instagram.

Untuk rekod, Zafuan pernah merekodkan empat penampilan bersama Uthai Thani sepanjang tahun 2023 namun jodohnya tidak panjang apabila beliau memilih untuk menyertai Perlis United yang beraksi di Liga M3 musim lalu.

Advertisements

Pemain yang berketinggian 1.82 meter ini merupakan alumni skuad bawah 19 negara yang menyertai Piala Asia Bawah 19 edisi 2018. Beraksi di bahagian serangan, kelebihan fizikal yang dimiliki Zafuan dijangka akan menjadi aset terpenting beliau untuk menyerlah di Liga Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram