Zamas Holidays Taja Pengangkutan Perak Di Liga Super
Dunia
Perak FC
Advertisements

Perak terus membuat persiapan mantap untuk Liga Super musim 2023 yang bakal bermula pada akhir Februari ini. Ini selepas The Bos Gaurus memeterai penajaan bas dengan Zamas Holidays semalam.

Pengumuman perjanjian penajaan bas ini dibuat di laman media sosial Perak semalam.

Menerusi perjanjian ini, Zamas bersetuju untuk menaja dua buah bas yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi pasukan Perak FC untuk musim 2023.

Advertisements

Penyertaan Zamas sebagai rakan penaja pengangkutan memperlihatkan kepercayaan syarikat-syarikat terhadap keupayaan pemilik Perak FC, XOX Berhad menjadikan kelab stabil bukan saja dari segi kewangan. Malah, menjadikan ia sebagai rakan kongsi komersial yang berdaya saing.

Ini meletakkan skuad Seladang dalam landasan tepat untuk mengembalikan pasukan sebagai pasukan elit dalam Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram