Zamsaham: Banyak Kelab Berbelanja Besar Akhirnya Terkubur
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mendedahkan bahawa beliau mempunyai perancangan untuk berbelanja bagi musim baharu nanti. 

Lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau berpendapat bahawa jika sesebuah kelab itu tidak bijak berbelanja dan menguruskan kewangan kelab dengan cermat pasti akan cepat terkubur. 

Tambahnya, di Liga Malaysia sudah beberapa kelab yang terbukti gagal belanja mengikut kemampuan kelab sekaligus memberi kesan buruk terhadap pasukan sehinggakan kelab itu boleh ‘bungkus’ habis. 

Advertisements

“Ada yang mahu saya belanja besar untuk next year. Biarlah kita berbelanja pada nilai dan semampunya untuk masa ini.

“Berapa banyak kelab yang berbelanja besar, tak ikut kemampuan akhirnya terkubur?,” kata Zamsaham dipetik daripada laman Facebook miliknya. 

Advertisements

Melihat sudut ruangan komen, rata-rata penyokong Kelantan bersetuju dengan cara Zamsaham untuk berbelanja mengikut kemampuan. 

Ada juga yang mahu Zamsaham meneliti semula pemilihan atau kemasukan pemain import untuk kelab dengan mengikut kriteria ditetapkan untuk mengelakkan kerugian atau pemain import itu tiada hasil atau impak yang memuaskan. 

Advertisements

Kelantan akan berkunjung di Stadium Sultan Ibrahim bagi pertembungan timbal balik menentang Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala Malaysia 2022 ini pada 11 November ini jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram