Zamsaham Cadang MFL Atur Perlawanan Waktu Petang
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Bin Tukiman memberi pendapat kepada MFL untuk mempertimbangkan perlawanan pada waktu petang sepertimana yang telah dicadangkan oleh Tunku Ismail Idris (TMJ) sebelum ini.

TMJ ada meluahkan satu kenyataan dimana Baginda beranggapan perlawanan pada waktu siang memberikan waktu siaran langsung yang lebih pelbagai. 

Nurizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berpendapat nilai komersial sebuah kelab dan liga akan lebih tinggi. 

Advertisements

Beliau turut menegaskan mengenai keselamatan wanita dan remaja akan lebih terjamin jika perlawanan dijalankan pada waktu siang. Ianya mampu mengelakkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi kepada mereka. 

“Saya menyokong TMJ untuk MFL pertimbangkan perlawanan waktu petang.

“Nilai komersial dan keselamatan penonton wanita,remaja adalah lebih baik siang. 

Advertisements

“Cuma Kelantan kena ada bumbung,” kata Zamsaham dalam di akaun rasmi Facebooknya.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuartlingam sebelum ini telah menyambut baik idea bernas daripada TMJ dan sedia mengkaji perlawanan pada waktu siang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram