Zamsaham Mahu Kelantan Miliki Pesawat Sendiri
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham sentiasa mencari jalan untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi. Terbaru, beliau mendedahkan keinginan pasukan bergelar Red Warriors itu untuk memiliki pesawat sendiri.

Dengan adanya pesawat milik mereka, ia dapat memudahkan pergerakan pasukan terutama ke sebelah Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia dapat menjimatkan kos berbanding kos menggunakan penerbangan komersial ketika ini.

Di samping itu, ia juga boleh digunakan bagi menjana pendapatan tambahan untuk Kelantan termasuk penyewaan pesawat.

Advertisements

“Kita memang ada impian untuk memiliki pesawat persendirian satu hari nanti, bukanlah yang baru tetapi yang terpakai dan saya sudah berhubung dengan seseorang untuk bertanyakan harga.

Tetapi bukanlah dalam masa terdekat, kerana apa yang penting adalah kita selesaikan perkara asas dahulu seperti padang dan pusat latihan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara TRW Kelantan FC dan pitchIN di LAS Coffee, Hotel Zamburger Kota Warisan.

Advertisements

Zamsaham melihat menerusi kerjasama ini, semua perkara yang sedang diusahakan Kelantan boleh direalisasikan menerusi pemilikan aset digital. Dan para penyokong boleh melibatkan diri menerusi usaha ini.

“Kita bercadang untuk kumpul dana sebanyak RM50,000 hingga RM100,000, jika dana diuruskan dengan baik saya percaya kita mampu bina sesuatu.

Advertisements

“Para penyokong sendiri boleh terlibat dengan memberi idea apabila mereka menyumbang kepada aset digital kelab, kita akan lancarkan ini kelak,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram