Zamsaham Mahu Sunting P. Maniam
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Bekas ketua jurulatih PJ City, Maniam Pachaiappan (P. Maniam) bakal disunting pemilik Kelantan, Norizam Tukiman (Zamsaham) selepas jurulatih berumur 54 tahun itu sebelum ini secara terbuka menyatakan minat sertai Kelantan.

Zamsaham menerusi satu hantaran di Facebook menunjukkan keterujaannya terhadap minat P. Maniam tersebut dan tidak menyangka bekas pengendali PJ City itu menyimpan hasrat untuk berbakti bersama Kelantan.

“Saya pernah terpikir nak ambik beliau. Tiba-tiba dia pula komen begini. Macam tahu sahaja.
InshaAllah saya akan berhubung dengan dia esok.”

Advertisements

“Saya tak mahu janji apa-apa dahulu, bukan kaki sembang. InshaAllah ada jodoh jumpa beliau. Sebab kena bincang banyak benda.”

Zamsaham juga meminta pendapat penyokong Kelantan berkenaan P. Maniam kerana tidak mahu melakukan kesilapan.

“..tiada pemilik kelab yang nak kelab dia kalah dan tentunya mahu kuat, menang dan terbaik. Menang kita sokong dan kalah kita jangan maki.” Ujarnya di Facebook.

Advertisements

Kelantan sebelum ini menamatkan musim 2022 di tangga ke-2 Liga Premier di bawah kendalian Rezal Zambery namun perlu melantik jurulatih baharu yang memiliki Lesen Diploma Profesional AFC bagi memenuhi syarat beraksi di Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram