Dunia
Norizam Tukiman
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham menzahirkan kesyukurannya dengan ketetapan terbaru Malaysian Football League (MFL) berkaitan jumlah pasukan Liga Super.

Penetapan terbaru ini menjadikan Liga Super bakal memiliki 18 pasukan musim hadapan dan Kelantan dan beberapa pasukan Liga Premier dijanjikan tempat di Liga Super 2023.

“Saya saksi kepada pengabungan resolusi kelulusan penggabungan ke 18 pasukan semalam 20 Julai 2022.

Advertisements
zamsaham 9 Zamsaham Sasar Kelantan Jana Pendapatan RM10 Juta Setahun
TRW Kelantan FC

“InshaAllah saya mensasarkan keuntungan pada pasukan kelantan FC untuk tahun-tahun kehadapan,
doa kita semua supaya Endemik Covid19 tidak menganggu industri sukan no.1 Malaysia ini.

Zamsaham turut bersyukur kerana pasukan bertanding akan menerima kesan positif dengan penambahan jumlah pasukan ini dan menjangkakan Kelantan akan menjana kira-kira RM8 juta hingga RM10 juta musim hadapan.

“Jika pengabungan berlaku, saya mensasarkan Kelantan FC mampu menjana pendapatan RM8juta hingga RM10juta setahun dan bakal menjana keuntungan. Penajaan juga dijangka akan berebut-rebut nak taja kerana perlawanan ada 34 kali dengan paparan jenama akan lebih dekat.

Advertisements

“Yang penting hasil perniagaan akan dimasukkan semula ke pasukan, seterusnya kelab akan kuat atau setidaknya mampu bersaing di Liga Super.

“Selain mewujudkan pekerjaan, bayar cukai dan zakat, bola adalah sukan yg menghiburkan. Ada tawa, ada duka diselang selikan dengan geram.

“Bola kita jaga betul-betul. Kita tadbir betul-betul, doakan pasukan dijauhkan parasit pengurusan, bayar gaji mengikut kesesuaian dan kemampuan. InshaAllah Kelab Kelantan FC boleh berjaya sebagaimana Bali United yg berjaya IPO selepas 5 tahun diambil alih oleh Peter Hainuri.” Jelasnya di Facebook.

Advertisements

Sebelum ini MFL mengumumkan format baru Liga Malaysia di mana Liga Super akan memiliki 18 pasukan bertanding manakala Liga Premier akan ditangguhkan manakala satu Liga Simpanan akan diwujudkan menjelang 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram