Zamsaham Sedia Ambil Alih Stadium Shah Alam
Dunia
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman menyatakan kesediaan untuk mengambil alih Stadium Shah Alam.

Hal ini berikutan khabar angin baru-baru ini yang mendakwa bahawa Stadium Shah Alam akan dirobohkan dalam masa terdekat dan akan dibangunkan dengan stadium baharu yang berkapasiti lebih kecil.

Dalam satu hantaran di Facebook Norizam, beliau dilihat bersungguh untuk menggunakan stadium keramat tersebut sebagai venue buat pasukan Kelantan FC.

Advertisements

Norizam atau lebih mesra disapa Zamsaham menjelaskan bahawa beliau berharap stadium tersebut tidak dirobohkan sebaliknya memajakkan Stadium Shah Alam kepada pihaknya. Rata-rata penyokong serta peminat Kelantan FC dalam ruangan komen turut bersetuju dengan idea yang Zamsaham lontarkan.

Dalam pada itu, dikhabarkan tujuan Stadium Shah Alam ini dibina dengan kapasiti lebih kecil adalah supaya stadium tersebut lebih mudah dijaga dan diselenggara. Bagaimanapun belum ada keputusan rasmi tentang hal ini.

Pasukan Kelantan FC kini sedang mengungguli carta saingan Liga Premier 2022. Setakat sembilan perlawanan, The Red Warrior berjaya mencatatkan sebanyak tujuh kemenangan sekaligus mengutip22 mata secara keseluruhannya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram