Zaquan Adha Harap Negeri Sembilan Sambar Import ‘Gred A’
Dunia
instagram @nsfc1923
Advertisements

Tatkala pasukan-pasukan Liga Super memuktamadkan senarai pemain import mereka, Negeri Sembilan dilihat masih menilai siapa yang mahu dibawa masuk. Bagi kapten Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, dia berharap pemain import yang dibawa masuk skuad Rusa berkualiti tinggi.

Biarpun wujud spekulasi siapa yang bakal menyertai skuad Hoben Jang Hoben, pengurusan Negeri Sembilan masih belum menamakan atau mengumumkan pemain import yang akan menyertai pasukan itu.

Bagi bekas penyerang pasukan kebangsaan itu, ada sebab dia mahukan pemain yang dibawa berkualiti. Ini kerana peranan pemain import ialah memperkasa pasukan dan bukannya menjadi penumpang.

Advertisements

“Saya berharap pemain import yang akan menyertai pasukan adalah mereka yang benar-benar berkualiti dan mempunyai rekod baik. Pemain import harus lebih bagus daripada pemain tempatan sama ada dalam aspek kemahiran teknikal, kecergasan dan pengalaman.

“Keupayaan mereka perlu lebih baik daripada pemain tempatan, jika tidak adalah lebih guna pemain tempatan,” katanya.

Selain berkualiti, Zaquan juga melihat awang import yang bersesuaian dengan falsafah pasukan. Jika tidak, ia bakal mencetuskan kekecohan dalam bilik persalinan sekaligus memberi kesan kepada prestasi di atas padang.

Advertisements

“Jika pemain import tidak serasi, ia bukan sahaja boleh mengganggu keharmonian pasukan malah lebih penting boleh menjejaskan rentak menuju kemenangan dan kejayaan,” tambahnya.

Negeri Sembilan dikaitkan dengan dua nama iaitu pemain tengah Jordan, Mahmoud Al-Mardi dan bekas penyerang Pahang, Matias Conti. Setakat ini, hanya Herold Goulon yang dikekalkan sebagai pemain import skuad Hoben Jang Hoben untuk musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram