Dunia
Instagram: @nsfc1923
Advertisements

Penyerang pasukan Negeri Sembilan, Muhammad Zaquan Adha Abdul Razak kelihatan sangat gembira dengan pencapaian pasukannya berjaya kembali semual ke kancah Liga Super pada musim hadapan.

Pemain berusia 34 tahun itu menjadi watak penting pasukan setelah kembali menyertai kelab yang mencipta namanya suatu ketika dahulu. Beliau telah berjaya menjaringkan 7 gol pada musim ini.

Sungguhpun saingan Liga Premier masih berbaki beberapa perlawanan, namun pasukan kendalian K. Devan telah memungut mata yang secukupnya untuk menjadi tempat ke Liga Super.

Advertisements

Sambil itu, Zaquan telah berjaya untuk mengotakan janjinya ketika kembalinya semual ke pangkuan kelab tersebut. Hal ini berikutan beliau secara jelas memberitahu bahawa sasaran pihak pengurusan dan Persatuan Bola Sepak Negeri untuk kembali ke Liga Super.

Bekas bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini menjelaskan kepulangannya ke Negeri Sembilan ini adalah untuk membantu dan memberi sinar kepada para penyokong pasukan itu untuk melihat kejayaan mereka dalam kancah bola sepak tempatan.

Beliau juga telah dilantik secara rasmi sebagai kapten pasukan namun menganggap ia merupakan satu cabaran buat dirinya mengetuai pasukan.

Advertisements

‘Saya menganggap ia sebagai satu cabaran sama seperti sebelum ini, namun saya jadikan ia satu cabaran untuk memberi impak positif kepada pasukan.”-Jelas Zaquan kepada Astro Arena.

Beliau juga ingin membantu pasukan Negeri Sembilan untuk meraih lebih banyak kejayaan setelah sekian lama pasukan itu tidak berjaya mengecapi sebarang piala.

Bekas kapten pasukan kebangsaan ini juga tidak pernah menolak kemungkinan untuk kembali semula menyarung jersi negara.

Advertisements

‘Saya tidak pernah menutup pintu untuk bermain buat pasukan negara namun saya percaya coach Tan lebih tahu apa yang beliau lakukan.’

‘Saya menikmati perjalanan yang indah bersama pasukan negara sebelum ini dan saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat bersama pasukan kebangsaan.

Semoga pasukan Negeri Sembilan terus cemrlang dalam kancah Liga Super musim hadapan.

Advertisements
zaquan adha 1 Zaquan Adha: Ini Bukan Janji Palsu
Instagram: Zaqone_08
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram