Zhafri Yahya Anggap Faktor Taktikal Tangguh Hasrat Bersama Harimau Malaya
MakanBola
Syafiq/KLCityFC

Pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2021, Zhafri Yahya mengakui beliau tidak akan sesekali berputus asa untuk merebut tempat bagi mewakili pasukan kebangsaan.

Beliau tidak berada dalam senarai akhir 30 orang pemain yang bakal dibawa ketua jurulatih, Kim Pan-gon ke Singapura sebaliknya hanya tersenarai dalam kalangan 10 orang pemain dengan status bersedia.

Ad

Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat anak kelahiran Selangor ini untuk terus meningkatkan mutu permainannya bersama pasukan.

Ad

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, Zhafri menganggap antara faktor yang menyebabkan beliau tidak mendapat tempat kali ini adalah disebabkan taktikal yang bakal diterapkan oleh Kim Pan-gon.

’Mungkin, kesesuaian taktikal menyebabkan saya tidak terpilih.’

Ad

Beliau juga mahu terus membantu pasukan Kuala Lumpur City FC setelah permulaan yang kurang memberangsangkan sungguhpun menjadi watak penting ketika menjulang Piala Malaysia tahun lalu.

Ad

Malah, pemain ’serba boleh’ ini masih kekal dalam kelasnya yang tersendiri apabila telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan musim ini.

Ad

Sambil itu, beliau berharap agar dapat terus mengekalkan rentak cemerlang ini bagi menambat hati barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

‘Saya berharap agar dapat beraksi dengan lebih konsisten musim ini.’

Zhafri kekal menjadi pilihan utama Bojan Hodak bersama KL City dan beliau sedia membuktikan kemampuannya di pentas yang lebih tinggi untuk membuktikan kemampuannya yang sebenar.