Zhafri Yahya Akui Perlukan Masa ‘Hadam’ Falsafah Pan-gon
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya mengakui dirinya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan rentak terbaik bersama Harimau Malaya dan jurulatih, Kim Pan-gon.

Beliau yang buat pertama kali mendapat panggilan bersama pasukan kebangsaan itu berkata, pengalaman berharga ini amat penting buat diri namun tidak menafikan beliau perlu segera menyesuaikan diri.

‘Memandangkan saya baru kali pertama (mendapat panggilan kem negara) jadi saya memerlukan sedikit masa untuk proses menyesuaikan diri dengan situasi, jurulatih persekitaran.’

Advertisements

Ini juga disebabkan Malaysia bakal berdepan cabaran Singapura dan Filipina sebelum menutup siri perlawanan persahabatan menentang Albirex Nigata yang kesemuanya berlangsung di Singapura.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 27 tahun ini juga menghargai keinginan sesetengah pihak terutamanya para penyokong yang mahu melihat kelibatnya bersama Harimau Malaya.

‘Saya amat berbangga kerana tersenarai terutama kepada pihak yang ingin saya berada dalam skuad kebangsaan, ’ -Jelasnya dalam satu temubual.

Advertisements

Beliau yang juga merupakan pemain terbaik perlawanan Piala Malaysia tahun lalu sudah pastinya mahu memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin untuk kekal berada dalam pasukan negara.

Ketika ini, Zhafri sedang menikmati rentak cemerlang dalam kariernya apabila sudah pun menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga Super.

Ketajaman penyudah pemain kelahiran Selangor ini sudah pasti mahu dimanfaatkan oleh Pan-gon dalam perlawanan kali ini.

Advertisements

Kebolehannya untuk bermain di pelbagai posisi sudah pasti memberi kelebihan buat Zhafri untuk mencuri tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram