15,000 penyokong dijangka membanjiri Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras untuk aksi separuh akhir pertama ASEAN Hyundai Cup.antara Malaysia dan Vietnam pada 16 Ogos.
Perkara ini berlaku kerana pada hari ini, skuad negara akan beraksi di gelanggang sendiri untuk memburu bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di Hanoi pada 19 Ogos.
Selain memburu bekalan selesa, ini juga peluang buat anak buah Tan Cheng Hoe untuk menamatkan kemarau kemenangan ke atas Pahlawan Bintang Emas selama 12 tahun.
Perlawanan ini juga memberi peluang buat Malaysia untuk memperbaiki ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ini ditambah dengan status Vietnam selaku pasukan ke-99 dunia.
Selain menyemarakkan semangat pemain yang beraksi di atas padang, ini menunjukkan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam mendukung wakil negara di peringkat antarabangsa.
Malaysia juga memiliki momentum yang baik selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B. Malaysia meraih tiga kemenangan dan merekodkan dua perlawanan tanpa bolos.
Kapten, Paulo Josue muncul penjaring terbanyak buat Harimau Malaya dengan tiga gol setakat ini.