Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Terdapat beberapa nama yang mencuri tumpuan dalam senarai 30 pemain yang diumumkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon. Nama-nama tersebut ialah Darren Lok, Safiq Rahim dan juga Khair Jones.

Baca senarai nama 30 pemain yang dipanggil Kim Pan Gon.

Ketiga-tiga nama kembali dipanggil setelah kali terakhir mereka menyarung jersi harimau malaya adalah pada tahun 2017 hingga 2018. Prestasi semasa yang memberangsangkan bersama kelab masing-masing nyata memberi peluang buat mereka kembali menyinar bersama skuad Malaysia.

Advertisements
lok 3 Nama Yang Kembali Dipanggil Perkasa Skuad Kebangsaan Malaysia
Aksi Darren Lok bersama PJ City

Penyerang PJ City, Darren Lok yang mempamerkan peningkatan prestasi pada musim lepas berjaya menambat hati Kim Pan Gon. Kali terakhir Darren Lok beraksi bersama Malaysia ialah pada Oktober 2017 dalam perlawanan menentang Hong Kong. Manakala pada tahun 2018, beliau sekadar memanaskan bangku simpanan skuad kebangsaan yang ketika itu menentang Mongolia.

Safiq Rahim yang kini bersama JDT juga turut dipanggil walaupun sudah berusia 34 tahun. Ketenangan mengawal jentera tengah pasukan dan kemampuan melakukan hantaran berbahaya bakal menjadi sandaran utama beliau.

Advertisements
Safiq Rahim sewaktu berlatih bersama skuad JDT

Kali terakhir Safiq Rahim menyarung jersi harimau malaya ialah sewaktu Malaysia seri 2-2 menentang Mongolia pada tahun 2018.

Bagi pertahanan kiri Negeri Sembilan, Khair Jones aksi beliau pula adalah pada tahun 2017 sewaktu menentang Filipina menurut Transfermarkt. Beliau beraksi baik dalam perlawanan pertama musim ini malah Khair Jones turut menjaringkan gol kemenangan Negeri Sembilan sewaktu menentang Sabah tempoh hari.

Advertisements

Ketiga-tiga pemain ini bakal menjadi sebahagian daripada perancangan taktikal ketua jurulatih Malaysia setelah aksi cemerlang mereka bersama kelab kebelakangan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram