Adam Adli: Padang Sepatutnya OK
Piala Malaysia
IG Adam Adli
Advertisements

Menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC malam esok, kehangatan perlawanan telah disulami lebih awal dengan berita keadaan padang yang tidak berada di dalam kondisi terbaik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli menegaskan bahawa keadaan padang sepatutnya berada dalam keadaan yang baik dan mesti boleh digunakan di tahap mininum.

“Memang boleh guna. Tiada ada venue lain (lagi dah), kami telah minta padang mesti boleh digunakan di tahap mininum.

Advertisements

“Padang sepatutnya OK walaupun daripada segi kosmetiknya dilihat seperti yang kami tidak diharapkan tapi daripada segi penggunaannya OK.

“Cuaca hujan hari ini secara teknikalnya juga membantu memampatkan balik tanahnya. Tapi (sistem) saliran berfungsi dengan baik jadi sekurang-kurang permainan tidak berlangsung dalam lecak.

“Saya harap padang boleh ‘bertahan’ untuk perlawanan esok,” katanya seperti yang dilaporkan Stadium Astro sebentar tadi.

Advertisements

Keadaan padang yang kurang baik itu mengundang rasa kegusaran para penyokong mengenai kelancaran perlawanan akhir esok. Malah keadaan tersebut juga menggusarkan pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ yang menganggap keadaan padang tersebut boleh mendatangkan kecederaan.

Walau bagaimanapun, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengemukakan permohonan maaf atas apa yang berlaku dalam satu siaran media petang tadi.

PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram