AFF U23: Kualiti Pengadilan Buat Shin Tae-yong Berang
Piala AFF
AFF U23 Championship
Advertisements

Beberapa keputusan kontroversi yang dibuat pengadil Jepun, Hiroki Kasahara dalam aksi final Piala AFF B-23 2023 semalam mencetuskan kemarahan jurulatih skuad B-23 Indonesia, Shin Tae-yong.

Salah satu insiden berkenaan ialah insiden Haykal Alhafiz disiku pemain Golden Star Warriors. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil ke atas pemain berkenaan sekaligus mencetuskan kemarahan pemain dan pegawai Tim Garuda.

Perasaan marah Tae-yong semakin membara apabila dilayangkan kad kuning oleh Kasahara. Lantaran itu, beliau menyumpah pengadil Jepun tersebut.

Advertisements

Insiden berkenaan tular di media sosial Indonesia dan mengundang pelbagai reaksi daripada penyokong seperti dilaporkan oleh Tribunnews.

Justeru, tidak hairanlah bekas pengendali Seongnam itu menyentuh isu pengadilan semasa ditemubual media selepas perlawanan semalam.

“Pertama sekali, tahniah kepada Vietnam yang telah memenangi pertandingan dan saya juga memberi penghargaan kepada seluruh pemain dari kedua-dua pasukan atas permainan dan usaha mereka.

Advertisements

“Tetapi menurut saya, keputusan pengadil sangat memalukan. Sebelumnya, saya telah mengatakan bahwa pengadil boleh mengubah haluan perlawanan. Anda pasti boleh melihat kembali perlawanan ini dan saya serahkan penilaian kepada kalian,” katanya.

Ini bukan kali pertama Tae-yong panas hati dengan kualiti pengadilan Piala AFF B-23. Sebelum ini, beliau juga berang dengan keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada Malaysia dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram