AFF U23: Memang Sukar Berdepan Malaysia – Bagas Kaffa
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Kapten pasukan Indonesia, Bagas Kaffa Arrizqi akur dengan kekalahan Indonesia dalam aksi pertama skuad Sang Garuda di pentas Piala AFF B23 2023.

Selepas Indonesia mencatat jaringan pembukaan pada aksi separuh masa pertama, Malaysia berjaya bangkit di babak kedua permainan menerusi dua ledakan penyerang gantian Malaysia, Fergus Tierney.

Bagas Kaffa menganggap kekalahan Indonesia pada aksi malam semalam sebagai pendorong buat pasukan kembali bangkit dan fokus untuk aksi berdepan Timor Leste kelak.

Advertisements

“Terima kasih kepada semua rakan sepasukan untuk kerja keras anda. Ini bukan keputusan yang kita mahukan tapi kita harus terus bangkit dan fokus untuk perlawanan mendatang.”

Pemain berusia 21 tahun ini juga akui Malaysia merupakan lawan yang kuat. Walaupun bermain dengan baik, kelekaan serta kealpaan pemain melenyapkan hasrat Indonesia untuk meraih tiga mata.

Advertisements

“Sememangnya satu perlawanan yang cukup sukar. Kami bermain dengan baik tapi melepaskan dua jaringan. Itulah bola sepak, kami perlu fokus dan perbaiki dalam perlawanan seterusnya,” ujar Bagas selepas perlawanan.

Indonesia bakal berdepan Timor Leste untuk aksi seterusnya pada Ahad, 20 Ogos 2023 di Stadium Rayong, Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram