AFF U23: “Semua Pemain Indonesia Berkualiti” – Issara Sritaro
Piala AFF
Changsuek
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Thailand, Issara Sritaro menjangkakan aksi separuh akhir menentang Indonesia esok sukar disebabkan semua pemain yang dibawa Shin Tae-yong ke Piala AFF B-23 2023 ini berkualiti.

Biarpun berdepan masalah perlepasan pemain dan isu penggantungan dua pemain oleh AFC, Tim Garuda masih berupaya layak ke separuh akhir sebagai naib juara terbaik kumpulan.

Justeru, Issara melihat semua pemain Indonesia sebagai ancaman yang mampu memusnahkan aspirasi Thailand untuk mara ke final Piala AFF B-23.

Advertisements

“Dalam pusingan ini, semua empat pasukan yang layak sangat kuat. Kami sudah bersedia dari segi cara permainan dan memikirkan pasukan ini akan sempurna. Jadi, kita berharap kita akan dapat keputusan yang kita mahukan.

“Sebenarnya, semua pemain Indonesia berkualiti. Kita tidak fokus kepada seorang pemain sahaja. Dan kita fokus bermain sebagai satu pasukan dalam perlawanan ini. Perlawanan lama (final Sukan SEA 2023), itu sudah berakhir, semuanya akan jadi berbeza.

“Semua pemain mahu bermain dengan bagus dan cuba memenangi perlawanan. Saya percaya ia akan jadi satu lagi perlawanan yang bagus. Walaupun kita tidak mempunyai skuad lengkap seperti mereka, saya percaya semua orang sudah sedi memberi 100%.

Advertisements

 “Saya mahu aksi separuh akhir berada dalam keadaan semua pemain dapat menunjukkan potensi mereka dari segi suasana, cuaca dan keadaan padang.

“Jika kita boleh beraksi dengan bagus dan menyeronokkan, itu akan menjadi standard pasukan kita untuk jadi lebih bagus lagi,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan seperti yang dilaporkan SiamSport.

Aksi separuh akhir ini dianggap ulangan aksi final Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei lepas. Aksi final tersebut menyaksikan bukan saja Indonesia menang pingat emas acara bola sepak.

Advertisements

Malah, ia turut dicemari dengan aksi pergaduhan membabitkan kedua-dua pasukan. Akibatnya, beberapa pemain dan pegawai kedua-dua pasukan kemudiannya dikenakan penggantungan perlawanan dan denda oleh AFC.

Justeru, ramai mengharapkan aksi separuh akhir Indonesia-Thailand esok jauh lebih baik daripada apa yang berlaku dalam aksi final Sukan SEA 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram