Dua Pemain Indonesia Didenda AFC Berdepan Malaysia
Piala AFF
@theaseanball
Advertisements

Skuad B-23 Indonesia terus dirundung malang menjelang aksi pertama Kumpulan B Piala Asia B-23 menentang Malaysia esok. Ini selepas dua pemain mereka, Titan Agung dan Komang Teguh dilarang daripada beraksi daripada kejohanan itu.

ASEAN Football melaporkan larangan tersebut dibuat memandangkan kedua-duanya masih perlu menjalani hukuman penggantungan yang ditetapkan AFC pada pertengahan Julai lalu.

Titan dan Komang dikenakan hukuman tersebut selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan pemain dan staf pasukan Indonesia dan Thailand dalam aksi final Sukan SEA 2023.

Advertisements

Selain mereka, kuartet pemain Thailand iaitu Soponwit Rakyart, Chayapipat Supunpasuch, Purachet Thodsanit dan Teerapak Pruengna turut dikenakan hukuman sama.

Disebabkan isu ini juga, badan induk bola sepak Thailand tidak menyenaraikan semua pemain yang dikenakan penggantungan dalam pasukan kebangsaan sebagai hukuman atas apa yang berlaku.

Kegagalan PSSI memeriksa status kedua-dua pemain ini sebelum kejohanan pastinya menjejaskan usaha jurulatih Tim Garuda, Shin Tae-yong untuk membentuk skuad mantap menentang Harimau Muda esok.

Advertisements

Selain beraksi tanpa kelibat Titan dan Komang, Tae-yong juga perlu melihat tahap kecergasan Alfeandra Dewangga. Dewangga dilaporkan masih lagi cedera semasa menyertai skuad B-23 Indonesia dan berharap sempat pulih sebelum perlawanan esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram