Ajdin Mujagic Makin Hampiri Jairo Da Silva
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim F.C. (JDT), Ajdin Mujagic yang menyertai Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini dari Sabah F.C., kini semakin menghampiri rekod jaringan yang pernah dilakar oleh Jairo da Silva.

Walaupun baru membuat dua penampilan, Ajdin jelas mempamerkan ketajaman di bahagian serangan apabila meledak lima gol dalam aksi menentang Melaka dan Sabah, sekali gus membuktikan sentuhan penyudahnya yang semakin berbisa.

Ajdin Mujagic telah mencatatkan hatrik ketika penampilan pertama bersama JDT dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2025/26 ketika menentang Melaka di Stadium Sultan Ibrahim pada 13 Februari lalu.

Selain itu, beliau meledak 2 gol ketika beraksi bertemu bekas kelab, Sabah pada aksi minggu ke-18 saingan Liga Super 2025/26 di Stadium Likas. Ajdin Mujagic turut melakukan melakukan 3 bantuan jaringan.

Selepas itu, pesaing Ajdin Mujagic, Jairo da Silva nyata tidak mengecewakan. Penyerang prolifik itu telah meledak 13 gol dan mencipta 11 bantuan jaringan dalam 33 penampilan bersama Johor Darul Ta’zim F.C., sekali gus membuktikan kehadirannya sebagai antara watak penting jentera serangan pasukan.

Kali terakhir beliau menemui sentuhan jaringan adalah pada 20 Disember lalu ketika aksi Liga Super Malaysia menentang Kelantan TRW FC ia satu detik yang terus mengukuhkan reputasinya sebagai penggempur berbisa.

Dalam masa sama, pencabar terdekatnya, Ajdin Mujagic, kini hanya memerlukan lapan lagi jaringan untuk menyamai rekod yang dicipta Jairo. Satu persaingan sihat yang pastinya menyuntik lagi api motivasi dalam kem Harimau Selatan.

Seterusnya, tumpuan terarah kepada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia musim 2025/26 apabila Jairo, Ajdin dan JDT bakal membuat perhitungan penting menentang Melaka FC pada 25 Februari. Perlawanan ini dijangka menjadi pentas penentuan sama ada langkah mereka terus mara bergaya atau sebaliknya.