Bek kanan Harimau Malaya & Kuching City, Jimmy Raymond berpotensi menamatkan kempen ASEAN Hyundai Cup lebih awal akibat kecederaan.
Keupayaan itu timbul selepas beliau mengalami kecederaan ketika beraksi bertemu Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok baru-baru ini.
Jimmy mengalami kecederaan di bahagian buku lali ketika beraksi. Kecederaan tersebut mengakibatkan jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe memasukkan bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Alif Ahmad sebagai pengganti beliau pada minit ke-57.
Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan Jimmy dipastikan terpaksa melupakan baki kejohanan susulan kecederaan berkenaan.
“Jimmy Raymond keluar, serta Endrick Dos Santos menamatkan kempen Piala Hyundai ASEAN lebih awal. Difahamkan, cedera ligamen Anterior Talofibular (ATFL) dan dijangka berehat selama empat hingga enam minggu,” katanya di X.
Status ini memastikan jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menilai pemain mana yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jimmy Raymond menjelang perlawanan menentang Filipina.
Ibrahim Manusi dijangka bakal mengisi slot bek kanan jika diperlukan oleh Tan Cheng Hoe ketika aksi menentang The Azkals.
Tinjauan di Transfermarkt menunjukkan pemain berusia 24 tahun itu mampu beraksi sebagai bek kanan & bek tengah jika diperlukan.
Selepas itu, Beliau juga masih menunggu peluang untuk membuat debut bersama skuad kebangsaan untuk ASEAN Hyundai Cup 2026.
Malaysia tewas 2-0 kepada Thailand dalam aksi ketiga kumpulan. Harimau Malaya kini perlu menewaskan Filipina dengan jurang jaringan yang besar untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir.
Malaysia bakal bertemu Filipina dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 8 Ogos, 9 malam.