Aksi Neymar Tiruan Perdaya Orang Ramai Di Qatar
Dunia
@ArinaitweLyoses
Advertisements

Penyokong bola sepak menyangka mereka telah melihat kelibat penyerang berbisa Brazil, Neymar di stadium semasa Brazil menang 1-0 dengan Switzerland baru-baru ini. Tetapi itu sebenarnya penyamar Neymar dan dia mempergunakan status selebriti penyerang PSG itu dengan baik.

Neymar tiruan ini bukan saja dapat bergambar dengan ratusan peminat. Malah, dia turut diberi peluang meninjau padang stadium sambil diiringi pengawal keselamatan Qatar. Tidak dapat dipastikan sama ada penyokong mahupun pengawal-pengawal keselamatan sedar tentang penyamar berkenaan.

Bagi Neymar yang sebenar, beliau masih lagi menjalani pemulihan selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali semasa perlawanan pembukaan Kumpulan G menentang Serbia. Malah, bekas penyerang Barcelona itu menonton perlawanan Brazil menentang Switzerland di bilik hotelnya seperti dimuatnaik dalam laman Instagramnya.

Advertisements

Jadi, kenapa ramai sangat terpedaya dengan Neymar tiruan ini? Ini berkemungkinan si penyamar yang menggunakan nama ‘sosianey’ di TikTok mirip dengan beliau dari segi bentuk badan, tatu dan jambang. Satu-satunya perbezaan mereka ialah Neymar asli mengalami bengkak di buku lali selepas dikeluarkan dalam perlawanan menentang Serbia.

Tetapi bukan penyokong bola sepak dan pegawai Qatar saja yang terpedaya dengan si penyamar ini. Kelibat Neymar tiruan turut dikesan oleh lensa kamera media Amerika Syarikat, Fox Soccer dan dimuatnaik di akaun rasmi Twitter mereka. Bagaimanapun, sebaik menyedari itu hanyalah penyamar Neymar, pentadbir akaun Fox Soccer menambah, “Neymar mempunyai pelanduk dua serupa yang cukup menyakinkan.”

Alangkah elok jika si penyamar ini juga boleh bermain bola sepak. Ini kerana Brazil pastinya memerlukan klon Neymar jika beliau tidak sempat pulih daripada kecederaan ligamen buku lali jika mahu mara lebih jauh dalam temasya Piala Dunia 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram