Al-Nassr Tunai Impian Lihat Ronaldo & Messi Kembali Bertarung
Dunia
MakanBola
Ben Jacobs
Advertisements

Ramai menyangka dengan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr, pertarungan antara dia dengan Lionel Messi sudah berakhir. Tetapi khabarnya, kelab Arab Saudi itu bakal bersemuka dengan Paris Saint Germain untuk aksi persahabatan sekaligus mengembalikan semula memori pertarungan dua pemain terhebat itu.

Piala Riyadh Musim 2023 bakal menemukan PSG dengan kesebelasan pilihan Al-Nassr. Ia sepatutnya dilangsungkan pada Januari tahun lepas tetapi ditangguhkan oleh kelab Perancis itu atas sebab gangguan berkaitan Covid-19.

Advertisements

Menurut wartawan CBS Sports Golazo, Ben Jacobs, dari segi kontrak, PSG perlu beraksi dalam perlawanan tersebut. Ini kerana hak penyiaran bukan eksklusif di Timur Tengah dan penyiaran eksklusif di Perancis dipegang oleh beIN Sports.

Advertisements

Tidak diketahui bila perlawanan ini akan diadakan. Tetapi ada yang percaya ia akan berlangsung selepas 15 Januari disebabkan PSG perlu memenuhi komitmen Ligue 1 dengan menentang Rennes pada hari itu.

Begitupun, PSG tiada minat untuk berada lama di Arab Saudi selepas tamat perlawanan. Ini disebabkan masih wujud ketegangan antara Arab Saudi dengan beIN Sports selepas negara itu menyekat penyiar sukan itu daripada menyiarkan perlawanan-perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Advertisements

Justeru, bagi pengerusi beIN Sports merangkap pengerusi presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, situasi ini langsung tidak menggembirakannya. Tetapi ia turut memberi peluang kepada Al-Nassr mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mendapatkan bek tengah veteran Sepanyol, Sergio Ramos.

Sergio Ramos PSG Ben Jacobs Al-Nassr Tunai Impian Lihat Ronaldo & Messi Kembali Bertarung
Perlawanan persahabatan Al-Nassr-PSG turut membuka ruang perbincangan kedua-dua kelab berkenaan Sergio Ramos. Gambar: Ben Jacobs

PSG belum memberi sebarang petunjuk sama ada mahu memperbaharui kontrak bekas bek tengah Real Madrid itu atau tidak. Kontraknya bersama kelab yang berpangkalan di Paris itu bakal berakhir pada musim panas ini.

Advertisements

Di sebalik minat Al-Nassr, Ramos berharap dapat kekal di PSG untuk semusim lagi sebelum berkelana ke tempat lain. Sekiranya Ramos menyertai Faris Najd, dia bakal disatukan semula dengan Ronaldo.

News Comments Account