AMD B-14 Cemerlang, Raih Tempat Ke-4 Di Vietnam
MakanBola
NFDP

Pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 14 Tahun (B-14) menamatkan kempen Festival Bola Sepak Antarabangsa B-14 Gia Lai 2026 di tangga keempat.

Ini selepas anak buah Rusdi Suparman tewas kepada wakil Vietnam, PVF Academy 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam aksi perlawanan penuh. AMD B-14 mendahului menerusi Luthfil Hadi Abd Halim pada minit ketiga dan 23.

Nguyen Minh Hai menyamakan kedudukan buat PVE Academy pada minit ke-33 dan 39. Luthfil Hadi melengkapkan hatrik pada minit ke-44 untuk meletakkan AMD B-14 kembali di hadapan.

Thai Trung Hao menyamakan kedudukan pada minit ke-58. Gol tersebut memastikan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti dengan PVF Academy muncul pemenang.

Meskipun menamatkan kempen di tempat keempat, AMD B-14 menunjukkan prestasi baik sepanjang kejohanan. Ini termasuk membelasah wakil Korea Selatan, Gangwon State All Stars 5-0.