Amirbek Jurobaev Pemain Import Terbaru Kedah
Dunia
FA Tajikistan
Advertisements

Selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak lima pemain import mereka musim ini, Kedah telah mengenalpasti pengganti mereka. Helang Merah mengorak langkah dengan mengikat pemain import pertama mereka iaitu Amirbek Jurobaev dari Tajikistan. Jurobaev mengisi slot pemain import dari benua Asia untuk saingan liga musim depan.

Kedah melihat kehadiran pemain kebangsaan Tajikistan ini dapat membantu melindungi bahagian pertahanan mereka. Walaupun diketahui beraksi sebagai pemain tengah bertahan, Jurobaev, 26, sentiasa mencari peluang menjaringkan gol dan berupaya membuat pelbagai jenis hantaran. Kualiti sebegini amat diperlukan Helang Merah sekiranya mahu mencabar dalam Liga Malaysia musim hadapan.

Bekas graduan akademi CSKA Moscow ini pernah bermain untuk Khayr Vahdat, Shakhtiyor Soligorsk, Istiklol dan Navbahor Namangan. Untuk musim ini, Jurobaev beraksi bersama kelab Filipina, United City FC dan membuat tujuh penampilan.

Advertisements

Bekas pemain tengah Istiklol itu telah mencatat 45 penampilan antarabangsa bersama The Persian Lions dengan penampilan pertamanya dalam perlawanan menentang Estonia pada 2014. Ironinya, Jurobaev juga sebahagian daripada pasukan Tajikistan yang menafikan Harimau Malaya daripada menjulang Piala Raja Thailand 2022. Berita perpindahannya turut disiarkan dalam hantaran Facebook Persekutuan Bola Sepak Tajikistan.

Selain Jurobaev, bekas pemain tengah Terengganu Manuel Ott juga dijangka menyertai Helang Merah. Nama Ott bukan asing bagi jurulatih baru Kedah, Nafuzi Zain kerana pemain berdarah Filipina-Jerman itu merupakan tonggak kepercayaannya semasa di Terengganu musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram