Anak Dalam ICU, Penjaga Gol Kelantan TRW Masih Menanti Sinar
MakanBola
The Real Warriors

Penjaga gol Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Azfar Arif Sukri terus menanti sinar untuk isu yang dihadapi ketika ini.

Sebelum ini, Azfar pernah berkongsi kisah di mana beliau menyambut cahaya mata baharu tanpa gaji. Ini susulan Kelantan TRW berdepan isu tunggakan gaji selama beberapa bulan.

Kini, bekas penjaga gol Penang FC itu memaklumkan bahawa anaknya kini menerima rawatan di Unit Jagaan Rapi Neonatal (NICU).

Azfar turut menzahirkan rasa kecewa kerana pihak pengurusan pasukan Pantai Timur itu masih belum memberi maklum balas berhubung situasi gaji pasukan berkenaan.

WhatsApp Image 2026 04 05 at 23.45.25 Anak Dalam ICU, Penjaga Gol Kelantan TRW Masih Menanti Sinar

“Anak dalam NICU sudah seminggu, tapi yang sana masih tiada respon. Allah permudahkanlah urusanku,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Isu gaji dilihat memberi kesan negatif kepada prestasi Kelantan TRW. Ini termasuk pasukan itu tersingkir di peringkat separuh akhir MFL Challenge Cup.