Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi cemerlang yang konsisten dipamerkan Arif Aiman kini menjadikan perebutan posisi sayap kanan pasukan Johor Darul Ta’zim semakin sengit. Arif Aiman berjaya mengetepikan beberapa pemain bintang seperti Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Ramadhan Saifullah untuk muncul dalam kesebelasan utama JDT musim ini.

arif malaysia Prestasi Konsisten Arif Aiman Jadikan Perebutan Posisi Sayap Kanan JDT Sengit
Arif Aiman

Dalam 3 perlawanan awal musim 2022, JDT menurunkan Arif Aiman dibahagian sayap kanan pasukan sewaktu menentang KL City dalam perlawanan Piala Sumbangsih serta dalam aksi Liga Super bertemu Penang dan Sarawak United. Tidak menghampakan Benjamin Mora, Arif Aiman tampil melakukan bantuan jaringan dalam setiap perlawanan tersebut.

Arif Aiman mencipta satu bantuan jaringan sewaktu menentang KL City dan Penang manakala dalam aksi bertemu Sarawak United, beliau berjaya mencetak 2 bantuan jaringan. Ketepatan hantaran serta larian bijak Arif Aiman sentiasa berjaya mengucar-kacirkan blok pertahanan lawan.

Advertisements
Safawi Rasid

Ketepatan hantaran pemain muda ini tampak menyerlah sewaktu mengambil sepakan sudut dimana bola hantarannya tepat menjumpai Charlie de Murga yang mudah menanduk masuk bola tersebut.

Arif Aiman yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai 2021 dilihat semakin berkembang dan menunjukkan prestasi hebat walaupun baru berusia 20 tahun. Malah musim ini beliau mengetepikan pemain seperti Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh serta Ramadhan Saifullah apabila menyumbang 4 bantuan jaringan dalam 3 perlawanan.

Minit permainan yang diberikan kepada Arif Aiman dilihat membantu perkembangan prestasi pemain tersebut ditambah lagi pada musim lalu Safawi Rasid mengalami penurunan prestasi setelah pulang dari Portimonense. Sumareh pula kerap masuk sebagai pemain gantian pada musim lalu malah pada awal musim ini, nama Sumareh tiada dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain simpanan JDT.

Advertisements
Sumareh

Ramadhan Saifullah pula baru pulih dari kecederaan yang menyaksikan beliau terlepas aksi bola sepak musim 2021. Ramadhan sebelum ini turut mempamerkan potensi besar yang ada padanya namun isu kecederaan sedikit mengganggu peluang beliau untuk beraksi.

Ramadhan Saifullah

Dengan barisan pemain seperti Arif Aiman, Safawi Rasid, Sumareh dan Ramadhan Saifullah, persaingan posisi sayap kanan JDT semakin sengit. Malah persaingan posisi ini turut dibawa ke pasukan kebangsaan apabila keempat-empat nama tersebut turut dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan Gon.

Namun berdasarkan prestasi semasa, Arif Aiman dijangka akan terus mengisi bahagian sayap kanan JDT dan berkemungkinan besar menjadi pilihan utama bagi kesebelasan utama skuad Harimau Malaya nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram