ASEAN Hyundai Cup: 3 Pemain Malaysia Jadi Sorotan Laman Terkemuka
MakanBola
MALAYSIA NT

Prestasi memberangsangkan tiga pemain Malaysia terus mendapat perhatian apabila mereka dipilih sebagai antara pemain terbaik pada saingan peringkat kumpulan ASEAN Hyundai Cup 2026.

Pemain-pemain tersebut ialah pertahanan Terengganu, Ubaidullah Shamsul, G. Pavithran dan pemain naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero.

Berdasarkan penilaian Sofascore, Ubaidullah merekodkan markah purata 7.4 selepas beraksi dalam empat perlawanan peringkat Kumpulan B.

Pemain berusia 23 tahun itu turut beraksi selama 360 minit dalam kesemua empat perlawanan, sekali gus membuktikan dirinya sebagai antara prospek muda terbaik di bahagian pertahanan Harimau Malaya.

Sementara itu, pemain JDT II, G. Pavithran turut mencatatkan markah purata yang cemerlang, iaitu 8.0 selepas beraksi selama 360 minit dalam empat perlawanan peringkat Kumpulan B bersama Harimau Malaya.

Beliau turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menentang Laos dan Filipina di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, selepas mempamerkan prestasi yang menakjubkan dalam kedua-dua aksi tersebut.

Seterusnya, pemain naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero, mencatatkan markah purata 7.7 selepas beraksi selama 305 minit.

Aguero dilihat tenang mengawal bahagian tengah Harimau Malaya, selain memainkan peranan penting dalam membantu jentera serangan mencipta peluang dan melancarkan gerakan pantas.

Kecemerlangan ketiga-tiga pemain ini pastinya diharapkan dapat diteruskan apabila Malaysia berdepan Vietnam pada aksi separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026.

Malaysia dijadualkan menentang Vietnam dalam aksi separuh akhir pada 16 dan 19 Ogos ini.