ASEAN Hyundai Cup: Kemboja Tumbangkan Timor Leste
MakanBola
ASEAN United FC

Kemboja meraih kemenangan pertama dalam kempen Kumpulan A ASEAN Hyundai Cup 2026 dengan menewaskan Timor Leste 3-0 di Stadium Nasional Morodok Techo, Kemboja, pada Isnin malam.

Kemboja yang turun selepas tewas dalam 2 perlawanan awal ketika bertemu Singapura & Indonesia dilihat tidak berdepan masalah untuk menewaskan Timor Leste.

Ketua jurulatih Kemboja, Koji Gyotoku mempertaruhkan dua pemain naturalisasi Kemboja untuk aksi menentang Timor Leste, dengan Iago Bento dan Alisher Mirzaev menjadi tonggak utama The Angkor Warriors.

Sementara itu, Zee Pedro selaku ketua jurulatih Timor Leste menurunkan Zenivio di posisi hadapan dalam kesebelasan utama. Selain, Dylan Niski diletakkan sebagai penjaga gol pasukan.

Pada minit ke-16, Hax Soknet berjaya meletakkan Kemboja di hadapan apabila bijak menanduk masuk hasil hantaran Phat Sokha, sekali gus menceriakan ribuan penyokong sendiri.

Pada minit ke-63, Beliau sekali lagi meledak gol cantik selepas melepaskan rembatan dari dalam kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Timor Leste, Dylan Niski.

Mon Rado memastikan kemenangan besar buat pasukan tuan rumah dengan meledak gol ketiga aksi pada penghujung babak kedua. Aksi tamat dengan keputusan 3-0 memihak Kemboja.

Selepas ini, Kemboja bakal meneruskan cabaran dengan menentang Vietnam pada 7 Ogos manakala Timor Leste telah menamatkan kempen Piala Hyundai ASEAN 2026 di tangga tercorot Kumpulan A pada aksi ini.