Cita-cita Vietnam untuk meraih kemenangan di laman lawan kesampaian apabila menundukkan Indonesia dengan keputusan 0-3 dalam aksi Kumpulan A ASEAN Hyundai Cup di Stadium Pakansari, Cibinong, pada Isnin malam.
Golden Star Warriors mempamerkan aksi serangan yang cukup bertenaga dan benteng pertahanan berdisiplin tinggi serta penjaga gol Le Giang menjadi penghalang utama buat Garuda menjaringkan gol.
Kim Sang Sik membariskan Le Giang di benteng terakhir manakala penyerang muda sensasi Vietnam, Nguyen Dinh Bac sebagai penyerang utama pasukan.
Sementara Indonesia, John Herdman memilih untuk meletakkan Mitchell Baker di posisi hadapan bergandingan bersama-sama penyerang baharu Persib Bandung, Ragnar Oratmangoen.
Golden Star Warriors tampil lebih berbahaya apabila mencipta banyak peluang sepanjang aksi sehingga berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa 15 minit pertama perlawanan menerusi Van & Long Nguyen.
Rafaelson menambah gol ketiga aksi pada minit ke-71 perlawanan sekali gus memastikan kemenangan besar buat pasukan julukan Golden Star Warriors tersebut.
Vietnam mempamerkan disiplin bertahan yang tinggi untuk memastikan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat permainan meskipun menerima lambakan peluang keemasan dari pemain-pemain Indonesia.
Selepas ini, Vietnam bakal meneruskan cabaran dengan menentang Kemboja dan Indonesia pula berdepan Singapura dalam aksi berikutnya pada 7 Ogos.