Asnawi Mangkualam Dikaitkan Sertai Gergasi Korea Selatan
Dunia
Ansan Greeners FC
Advertisements

Walaupun Indonesia tersingkir di peringkat separuh akhir Piala AFF 2022, ramai pemain menunjukkan prestasi baik termasuk bek kanan Asnawi Mangkualam. Justeru, tidak hairanlah wujud ura-ura kelab gergasi Korea Selatan, Jeju United mengintai khidmatnya bagi memperkukuh pertahanan mereka.

Ura-ura ini tercetus hasil ciapan penganalisis Liga Korea, Ross Davis di akaun media sosialnya semalam. Jeju dikatakan tertarik dengan khidmat Asnawi selepas beraksi cemerlang di Liga Korea 2 dengan kelabnya musim lepas, Ansan Greeners.

Jika perpindahan ini direalisasikan, dia bakal mengisi kuota pemain import ASEAN untuk kelab berkenaan. Antara pemain yang akan menjadi rakan sepasukan Asnawi di Jeju ialah pemain Korea yang paling berjaya dalam Bundesliga, Koo Ja-cheol.

Advertisements

Ja-cheol pernah beraksi bersama FC Augsburg, VfL Wolfsburg dan FC Mainz sebelum kembali menyertai kelab itu pada tahun lepas. Jeju ketika ini mempunyai Reis, Jonathan Ring dan Yuri Jonathan sebagai awang import mereka.

Ura-ura perpindahan ini sudah mencetuskan minat penyokong Indonesia untuk mengikuti Jeju United di semua platform media sosial.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram