Piala AFF
ASEAN Football
Advertisements

Vietnam memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menundukkan Indonesia dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.

Keadaan padang yang teruk tidak menghalang skuad Naga Emas mendahului Tim Garuda seawal minit kedua menerusi Nguyen Tien Linh. Satu hantaran jauh kepada penyerang Becamex Binh Duong itu berjaya dikawal dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan melepasi Nadeo Argawinata.

Kontroversi tercetus apabila Tim Garuda yang dibimbing Shin Tae-yong dinafikan sepakan penalti oleh pengadil Yusuke Araki pada minit ke-24. Walaupun ulang tayang jelas menunjukkan Dendy Sulistyawan dikasari dalam kotak penalti, Araki tidak berganjak daripada keputusannya.

Advertisements
Indonesia Vietnam Piala AFF 2022 PSSI Piala AFF: Vietnam Mara Ke Final Tewaskan Indonesia
Marc Klok menegur pengadil, Yusuke Araki kerana gagal menganugerahkan sepakan penalti kepada Indonesia. Gambar: PSSI

Lima minit selepas itu, Vietnam hampir menambah jaringan menerusi bek kiri Doan Van Hau. Bagaimanapun, sepakan percuma yang diambilnya hanya mengenai tiang tatkala Nadeo sudah tertewas.

Perlawanan semakin panas apabila Asnawi Mangkualam mengasari Van Hau pada minit ke-34. Ini mengakibatkan pemain dari kedua-dua pasukan bersemuka dan bertegang urat sebelum ditenangkan oleh pengadil dan Tae-yong.

Susulan itu, Asnawi dilayangkan kad kuning atas kekasarannya ke atas Van Hau. Beberapa minit selepas itu, giliran Van Hau pula dikenakan kad kuning oleh Araki selepas melakukan kekasaran terhadap pemain Indonesia. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Selepas rehat, Tien Linh sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-47. Dia yang tidak dikawal menanduk masuk sepakan sudut kapten Do Hung Dung bagi meletakkan Pahlawan Bintang Emas selesa di hadapan.

Terdesak, Tae-yong memasukkan Witan Sulaeman dan Ricky Kambuaya bagi menambah sengat jentera serangan Indonesia. Tetapi malangnya, tuan rumah hampir menambah gol ketiga menerusi Pham Tuan Hai pada minit ke-59 tetapi rembatannya berjaya ditangkap Argawinata.

Beberapa minit selepas itu, giliran Nguyen Quang Hai pula menguji Argawinata menerusi satu percubaan kencang ke arah gawang Indonesia. Bagaimanapun, pemain tengah Pau FC itu kecewa apabila percubaannya tidak mengenai sasaran.

Advertisements

Kontroversi sekali lagi tercetus apabila Marc Klok dikasari oleh Van Hau dalam kotak penalti Indonesia pada minit ke-74. Ini mengakibatkan kedua-dua pasukan bertegang urat sebelum disuraikan oleh pengadil.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini, Vietnam membuat kemunculan pertama di final sejak Piala AFF 2018. Sekarang, mereka perlu menunggu pemenang separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand bagi menentukan lawan di pentas final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram